Program PEMUDAH Challenge: Back To School Siri 3 2014

Makluman Semua Murid Tahun 5,

Program PEMUDAH Challenge: Back To School adalah satu program yang menawarkan penyertaan murid bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan sekolah contohnya bagi aspek seperti kebersihan, kemudahan dan prasarana, kantin, bahan pengajaran/pembelajaran. Program ini  dianjurkan oleh PEMUDAH dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan yang telah dihantar akan dinilai dan peserta-peserta yang layak sebagai pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.

Syarat dan Peraturan Penyertaan:

  1. Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah tahun lima (5)  bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Melaka,Negeri Sembilan dan Johor.
  2. Tempoh penyertaan: Mulai 25 September sehingga 25 Oktober 2014
  3. Peserta hanya boleh mengemukakan satu (1) cadangan untuk menambahbaik sekolah mereka.
  4. Penulisan adalah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya dan diisi secara atas talian menggunakan borang yang disediakan melalui pautan di sini yang boleh dicapai dari portal KPM.
  5. Peserta perlu melengkapkan cadangan mereka seperti contoh berikut: -Cadangan saya untuk menambahbaiksekolah saya adalah dengan  (Menyediakan tong sampah yang besar di setiap kelas agar sampah tidak melimpah ke lantai apabila penuh)
  6. Cadangan bernas yang di kemukakan perlulah JELAS, RINGKAS dan MUDAH DIFAHAMI .
  7. Para pemenang akan menerima baucer buku bernilai RM100.
  8. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad
**************************************************************
Isi IDEA ANDA di sini
KOD SEKOLAH JBA 8033 SK Bandar Putra

Harap maklum.

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

UPSR 2019

23.09.2019 24:00 218 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat