Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh 2015

Kepada ibu bapa/penjaga murid Tahun 6

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan atas talian bagi perkara di atas mulai 1 Oktober 2014.

Tuan diminta untuk membuat permohonan atas talian sekiranya anak tuan berminat untuk melanjutkan pembelajaran ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh. Sila klik di http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/spat1_2015/ untuk maklumat dan membuat permohonan. Sila guna nombor angka giliran UPSR sebagai kata laluan masuk.

Mulai tahun 2014, permohonan atas talian akan dilakukan sepenuhnya oleh ibu bapa. Permohonan yang lengkap hendaklah dicetak dan dihantar kepada pihak sekolah melalui anak tuan. Sila sertakan salinan sijil-sijil yang berkenaan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2014.

Surat makluman akan diedarkan kepada anak tuan.

Harap maklum dan terima kasih.

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

UPSR 2019

23.09.2019 24:00 215 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat