Kepada ibu bapa/penjaga murid sesi pagi dan pengusaha bas sekolah
Untuk makluman, murid sesi pagi akan dibenarkan balik awal pada jam 12.40 tengah hari pada 13, 14 dan 15 Oktober 2014. Ini membolehkan mereka berada tepat pada waktunya untuk peperiksaan di Sekolah Agama Bandar Putra. Tuan diminta untuk menguruskan pengangkutan balik pada tarikh yang telah disebutkan. Surat makluman telah diedarkan kepada anak tuan.
Harap maklum dan terima kasih.