Kepada ibu bapa/penjaga murid tahun 4 dan 5 yang terlibat
SK Bandar Putra akan menyertai Pertandingan Bola Sepak Liga JDT Bawah 11 Tahun Daerah Kulaijaya yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2015.
Sehubungan itu satu pemilihan akan dibuat seperti ketetapan berikut:
- Tarikh/Hari: 28 Ogos 2015(Jumaat)
- Masa: 8.30 11.30 pagi
- Tempat: Padang SK Bandar Putra
Kami memohon pertimbangan tuan untuk membenarkan anak tuan menyertai aktiviti ini dan risiko yang akan dihadapi serta memastikan tahap kesihatan anak tuan berada dalam keadaan baik sebelum mengikuti aktiviti ini. Tuan juga diminta untuk menasihati anak tuan agar mematuhi segala arahan guru sepanjang pemilihan dibuat.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Hajah Norlida binti Mohamad Yusuf (019-5740375) atau Setiausaha Sukan Sekolah, Ecik Mohd Yusmadi bin Ismail (012-7596795).
Surat makluman telah diedarkan kepada semua murid yang berminat.
Harap maklum dan terima kasih.