Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-4 2016

Makluman Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 4, 5 dan 6 dan penduduk di laluan yang terlibat,

Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-4 2016 akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh/Hari : 13/1/16,Rabu

Masa : 7.20 pagi - 10.00 pagi

Murid Terlibat : Tahun 4, 5 dan 6

Jarak Laluan : 4.2 km

Laluan : Jalan Nuri 34, 21, 1, 2, 11, 18, 27 dan 36

Pakaian : Sukan

** Murid perlu membawa buku mengikut jadual seperti biasa untuk P&P sekiranya aktiviti ini ditangguhkan kerana masalah cuaca dan sebagainya.

Kami juga ingin memohon kerjasama daripada penduduk di laluan yang terlibat agar :

1) Dapat memastikan kenderaan tuan/puan tidak diletakkan di bahu-bahu jalan yang boleh menggangu kelancaran kejohanan ini.

2) Memastikan haiwan peliharaan tuan/puan berada di dalam kawalan/diikat kerana mungkin membahayakan keselamatan murid.

3) Memberi laluan seketika kepada murid jika tuan/puan sedang memandu.

Harap maklum.



Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

UPSR 2019

23.09.2019 24:00 218 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat